Tuesday, October 6, 2009

Kem Kecemerlangan dan Motivasi 2009


Oleh : Cikgu Abdullah

Pada 17-20 august 2009, SK Lubok Antu telah mengadakan Kem Kecemerlangan dan Motivasi yang bertempat di SESCO, Batang Ai. Seramai 52 orang murid yang terdiri daripada tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Tujuan Kem ini adalah untuk meningkatkan prestasi murid murid dalam UPSR yang akan datang.Pelbagai aktiviti telah diadakan dalam masa empat hari tersebut. Diantaranya aktiviti – aktiviti tersebut adalah tips – tips menjawab soalan UPSR yang disampaikan oleh guru-guru yang berpengalaman dari sekolah lain. Aktiviti Ice – Breaking yang dijalankan dapat memupuk semangat kerjasama dikalangan murid-murid.

Selain itu, aktiviti riadah pada sebelah pagi dan petang diadakan untuk memberi ruang kepada murid untuk merehatkan minda disamping berseronok melakukan aktiviti riadah, sukan dan aerobik. Selain daripada itu, aktiviti dalam kumpulan diadakan sebagai aktiviti yang dapat menguji minda murid. Sebagai contoh aktiviti menyusun perkataan, membina menara impian dan membina jaringan terpanjang yang dapat mencetuskan minda murid.

Selain itu , aktiviti malam bakat juga diadakan untuk mencungkil bakat dalam diri murid dalam pelbagai bidang. Ternyata murid-murid SK Lubok Antu mempunyai bakat yang terpendam dalam diri mereka. Diharapkan segala aktiviti yang telah dijalankan dapat meningkatkan semangat dan motivasi mereka yang bakal menduduki UPSR yang akan datang.

Bersama-sama lah kita mendoakan kejayaan mereka dalam UPSR dan pada masa yang akan datang. CEMERLANG CEMERLANG CEMERLANG SK LUBOK ANTU.


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete