Tuesday, October 6, 2009

Jamuan Perpisahan & Sambutan Kemerdekaan

Oleh : Cikgu Abdullah

Pada 16 September bersempena penubuhan Malaysia, SK Lubok Antu mengadakan sambutan hari kemerdekaan yang ke52 bertempat di kantin sekolah SK Lubok Antu. Nyanyian-nyayian patriotik yang berkumandang di segenap pelosok SK Lubok Antu membakar semangat guru-guru dan murid-murid kesemuanya tentang apa itu erti kemerdekaan.

Pada masa yang sama, pihak sekolah juga mengadakan jamuan perpisahan kepada cikgu Bromley yang akan bertugas ke PPD Lubok Antu, cikgu Sebastian yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai guru ganti di SKLA. Turut diraikan guru-guru praktikum dari Institut Perguruan Tun Abdul Razak, cikgu Awang, cikgu Hasbi dan cikgu Jerry yang telah selesai menamatkan latihan mengajar selama 3 bulan di SKLA.

Tidak dilupakan juga, turut diadakan sambutan hari jadi untuk guru-gurudan staf yang lahir pada bulan Julai dan Ogos. SKLA sangat bertuah kerana mempunyai "Anak Merdeka" iaitu Cikgu Heng. Semoga SK Lubok Antu akan diwarnaia dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang dapat mencorakkan kehidupan warga SKLA dan sekaligus mengangkat martabat SKLA di persada pendidikan Negara.












No comments:

Post a Comment