Tuesday, October 6, 2009

Pertemuan & Perpisahan





Oleh : Cikgu Abdullah


"Pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa.......Hilang dimata tapi dihati jangan lupa...... berdoa lah kita agar aman dan sentosa......Hilang dimata tapi dihati jangan lupa".... begitu bait-bait lirik lagu perpisahan yang berkumandang didalam hati penulis, bila perhimpunan hari rabu seperti biasa iaitu pada 6hb Oktober adalah perhimpunan terakhir bagi Cikgu Abdullah( penulis sendiri) dan Cikgu Adzuan. Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah kerana menerima kami bagai menatang minyak yang penuh. Segala ilmu dan tunjuk ajar dari guru-guru SKLA akan digunakan sebaik-baiknya bila kami mendidik dan menjadi tenaga pengajar di sekolah kelak. Segala kesilapan dan kekhilafan harap dimaafkan pinta kami untuk semua guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid SK Lubok Antu. Sesungguhnya semua kenangan terindah di sekolah ini akan sentiasa tersemat dan terpahat di hati kami. Thank You For Everthing~~~

Kalau Ada Sumur Di Ladang,
Boleh Kita Menumpang Mandi,
Kalau Ada Umur Yang Panjang,
Boleh Kita Berjumpa Lagi~~~

Kejohanan Sukan Tahunan SK Lubok Antu

Oleh : Cikgu Abdullah

Kejohan Sukan Tahunan SK Lubok Antu adalah satu tradisi tahunan dimana semua murid dikehendaki melibatkan diri dalam kejohanan sukan tahunan sekolah. Seramai 6 rumah telah dibentuk dibawah pengawasan guru masing-masing iaiatu rumah merah, rumah biru, rumah kuning, rumah hijau, rumah ungu dan rumah putih.
Bola Baling (Lelaki & Perempuan) dan Futsal (Lelaki & Perempuan) adalah diantara permainan yang dipertandingkan. Dalam pertandingan Bola Baling Perempuan, rumah Kuning telah menjadi Johan dengan menewaskan rumah ungu dengan jaringan 7-6. Rumah ungu pula mengungguli permainan bola baling Lelaki dengan menewaskan rumah kuning dengan jaringan 6-4.

Dalam permainan futsal lelaki, rumah kuning telah menjuarai dengan menewaskan rumah biru dengan jaringan 4-0. Dalam perebutan tempat ketiga pula, rumah ungu menewaskan rumah merah dengan jaringan 5-1. Manakala dalam permainan futsal antara perempuan, rumah hijau telah menjadi johan dengan menewaskan rumah merah dengan jaringan 1-0. Rumah kuning pula telah mendapat tempat ketiga dengan menewaskan rumah ungu dengan jaringan 2-0.








Jamuan Perpisahan & Sambutan Kemerdekaan

Oleh : Cikgu Abdullah

Pada 16 September bersempena penubuhan Malaysia, SK Lubok Antu mengadakan sambutan hari kemerdekaan yang ke52 bertempat di kantin sekolah SK Lubok Antu. Nyanyian-nyayian patriotik yang berkumandang di segenap pelosok SK Lubok Antu membakar semangat guru-guru dan murid-murid kesemuanya tentang apa itu erti kemerdekaan.

Pada masa yang sama, pihak sekolah juga mengadakan jamuan perpisahan kepada cikgu Bromley yang akan bertugas ke PPD Lubok Antu, cikgu Sebastian yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai guru ganti di SKLA. Turut diraikan guru-guru praktikum dari Institut Perguruan Tun Abdul Razak, cikgu Awang, cikgu Hasbi dan cikgu Jerry yang telah selesai menamatkan latihan mengajar selama 3 bulan di SKLA.

Tidak dilupakan juga, turut diadakan sambutan hari jadi untuk guru-gurudan staf yang lahir pada bulan Julai dan Ogos. SKLA sangat bertuah kerana mempunyai "Anak Merdeka" iaitu Cikgu Heng. Semoga SK Lubok Antu akan diwarnaia dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang dapat mencorakkan kehidupan warga SKLA dan sekaligus mengangkat martabat SKLA di persada pendidikan Negara.












Kem Kecemerlangan dan Motivasi 2009


Oleh : Cikgu Abdullah

Pada 17-20 august 2009, SK Lubok Antu telah mengadakan Kem Kecemerlangan dan Motivasi yang bertempat di SESCO, Batang Ai. Seramai 52 orang murid yang terdiri daripada tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Tujuan Kem ini adalah untuk meningkatkan prestasi murid murid dalam UPSR yang akan datang.Pelbagai aktiviti telah diadakan dalam masa empat hari tersebut. Diantaranya aktiviti – aktiviti tersebut adalah tips – tips menjawab soalan UPSR yang disampaikan oleh guru-guru yang berpengalaman dari sekolah lain. Aktiviti Ice – Breaking yang dijalankan dapat memupuk semangat kerjasama dikalangan murid-murid.

Selain itu, aktiviti riadah pada sebelah pagi dan petang diadakan untuk memberi ruang kepada murid untuk merehatkan minda disamping berseronok melakukan aktiviti riadah, sukan dan aerobik. Selain daripada itu, aktiviti dalam kumpulan diadakan sebagai aktiviti yang dapat menguji minda murid. Sebagai contoh aktiviti menyusun perkataan, membina menara impian dan membina jaringan terpanjang yang dapat mencetuskan minda murid.

Selain itu , aktiviti malam bakat juga diadakan untuk mencungkil bakat dalam diri murid dalam pelbagai bidang. Ternyata murid-murid SK Lubok Antu mempunyai bakat yang terpendam dalam diri mereka. Diharapkan segala aktiviti yang telah dijalankan dapat meningkatkan semangat dan motivasi mereka yang bakal menduduki UPSR yang akan datang.

Bersama-sama lah kita mendoakan kejayaan mereka dalam UPSR dan pada masa yang akan datang. CEMERLANG CEMERLANG CEMERLANG SK LUBOK ANTU.